Thursday, 26 July 2012

Program Diploma Kejuruteraan Komputer (DTK) 

 


 Bidang yang telah ditawarkan kepada saya semasa menyemak di laman Web UPU ialah Diploma Kejuruteraan Elektronik(Komputer) bertempat di Politeknik Port Dickson,Negeri Sembilan.Sejujurnya saya agak meminati bidang yang berkenaan dengan komputer dan IT.

Pada tarikh 9/07/2012 saya telah mendaftar sebagai pelajar di Politeknik Port Dickson.Pada Minggu pertama pendaftaran kami pelajar baru semesta 1 diwajibkan memgikuti Program Minggu SuaiKenal (MSK) yang berlangsung selama seminggu.Dalam tempoh tersebut saya telah bertemu dengan ramai pelajar baru yang pelbagai rupa dan ragam.

Selesai minggu SuaiKenal(MSK).Kami semua dibahagikan mengikut jabatan seperti Elekterik,Awam,Perdagangan,dan Mekanikal.Seterusnya dibahagikan lagi mengikut bidang yang di ambil seperti saya di letak dalam Program DTK.Semasa pertama kali memasuki kelas-kelas yang dijadualkan,saya berasa agak janggal kerana sistem pembelajaran di sini agak berbeza dengan sekolah biasa.Pembelajaran di Politeknik ini menekankan pelajar perlunya ada sifat bertanggungjawab dan berdikari untuk mencari maklumat yang di kehendaki.

Senarai matapelajaran yang dijadualkan untuk program DTK semesta 1:

- BA101-Engineering Mathematics 1
-BC101-Computer Application
-AE101-Communication English 1
-ET102-Wiring Installation
-ET101-Electrical Technology
-BB101-Engineering Science
-EE101-Measurement
-AA102-Pendidikan Moral 1
-AA101-Pendidikan Islam 1
-AR101-Co-Curiculum 1(Polibriged untuk semesta 1)
-PA-Perjumpaan PA

Selepas menghadiri ke semua kelas,Subjek yang bakal membuatkan diri saya perlu berusaha lebih lagi ialah Engineering Mathematics,Engineering Science,Electrical Technology,Wiring Installation dan Measurement.

Walaupun sesukar mana pun pasti ada jalan penyelesaiannya.Bak kata seorang bekas ahli gusti wanita terkenal World Wrestling Entertainment (WWE) Mickie james "You can do it if you want it,but the only one person that can tell you can't have it is yourself" .Sekian dari saya Zulhelmy Mohamad Azhan.Terima kasih kerana sudi membaca :)

***SAYA MENGGUNAKAN BAHASA BAKU!TIADA ROJAK OK?!!

No comments:

Post a Comment